Thursday, 1 February 2018

Apakah GST?







Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia.



Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST) merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia. GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus. Cukai Jualan (berkadar 10%) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6%) dimansuhkan selepas berkuatkuasanya pengenalan cukai GST. Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.

No comments:

Post a Comment